Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adakah Huawei P20 Akan Hadir Dengan Skrin 18.7:9?

Selain Galay S9, salah satu peranti yang turut dinantikan ramai pada tahun ini, semestinya daripada pengeluar ketiga popular dunia, iaitu Huawei.

Desas-desus sebelum ini telah mengatakan yang mana Huawei mungkin menggunakan penamaan baru dan bukannya Huawei P11. Ramai yang memanggilnya sebagai Huawei P20 buat masa ini – dan seperti biasa, pihak Huawei tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

Hari ini, salah satu model variasnya, iaitu EML-AL00 dilihat telah disenaraikan pada laman penanda-aras HTML. Daripada ujian yang dilakukan, ia menyenaraikan yang mana peranti ini hadir dengan skrin pada nisbah 18.7:9.

Perkara ini dapat dilihat melalui penyenaraian angka resolusi pada laman penanda aras berkenaan yang memperlihatkan resolusi skrin 360×748 pixel. Walaupun ia adalah bukan resolusi sebenar, tetapi secara kasar ia memperlihatkan nisbah saiz skrin pada kadar 18.7:9.

Ini sekaligus membawakan saiz skrin yang lebih memanjang berbanding beberapa telefon pintar sebelum ini. Pada masa yang sama, ia turut mengukuhkan desas-desus yang mana kemungkinan Huawei menawarkan rekaan skrin ronggak pada telefon pintar mereka – lebih kurang seperti Sharp, iPhone dan sebagainya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Huawei P20 akan dilancarkan. Mungkinkah kita akan melihatnya sekitar Februari atau Mac kelak?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Adakah Huawei P20 Akan Hadir Dengan Skrin 18.7:9?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info