Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mula Mengilang Storan eUFS Bersaiz 512GB Untuk Kegunaan Peranti Mudah Alih

Salah satu masalah terbesar yang membelenggu ramai pengguna peranti mudah-alih ialah saiz storan yang kecil. Saiz aplikasi menjadi semakin besar, dan rakaman video pada resolusi 4K menjadi semakin biasa dengan peredaran teknologi kamera telefon mudah-alih.

Samsung biasanya dikenali untuk peranti mudah-alih dan televisyen mereka kini telahpun mula mengilang storan eUFS (embedded Universal Flash Storage) yang bersaiz 512GB untuk kegunaan oleh peranti mudah-alih di masa yang terdekat ini.

Storan eUFS ini menggunakan lapan unit cip V-NAND 512Gb yang mempunyai 64 lapisan yang digabungkan dengan sebuah cip pengawal yang membantu mengawal penggunaan tenaga dan juga kelajuan penghantaran data dari dan kepada storan ini.

Bercakap tentang kelajuan penghantaran dan penerimaan data, Samsung juga menyatakan bahawa storan eUFS 512GB ini mempunyai kelajuan membaca data selaju 860MB/s, dan kelajuan menulis data selaju 255MB/s. Dari segi kelajuan IOPS (Input/Output Operations Per Second), storan ini mempunyai nilai membaca 42000 IOPS dan menulis 40000 IOPS, membuatkannya 400 kali lebih laju dari kad microSD biasa.

Buat masa ini, Samsung masih belum memberikan kata putus sama ada storan eUFS ini akan digunakan oleh peranti-peranti baru mereka pada tahun 2018 ataupun tidak, tetapi kami tidak terkejut jika peranti-peranti Samsung kelak akan hadir dengan storan bersaiz 512GB.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Mula Mengilang Storan eUFS Bersaiz 512GB Untuk Kegunaan Peranti Mudah Alih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info