Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy A8 (2018) Dan A8+ (2018) Kini Rasmi – Hadir Dengan Dwi-Kamera Di Hadapan

Samsung hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A8 (2018) dan juga Galaxy A8+ (2018). Kedua-duanya meneruskan tradisi siri-A yang ingin menawarkan ciri premium tetapi dengan penawaran pada peranti berspesifikasi pertengahan.

Samsung Galaxy A8 2018

Samsung Galaxy A8 hadir dengan skrin 5.6-inci dengan paparan FHD Super AMOLED, menggunakan memori 4GB RAM, dan storan sehingga 64GB. Galaxy A8 hadir dengan bateri 3000mAh secara terbina.

Samsung Galaxy A8+ pula hadir dengan skrin sedikit besar, iaitu 6-inci dengan paparan FHD, Super AMOLED, serta penawaran memori 4GB dan ruangan storan sehingga 64GB. Dengan saiz lebih besar, ia juga memuatkan bateri berkapasiti 3500mAh.

Telefon pintar ini juga adalah telefon pertama dibawah siri Galaxy A pertama yang menggunakan rekaan hampir nirbingkai dengan paparan nisbah 18.5:9.

Selain daripada saiz skrin dan kapasiti bateri, penawaran yang lain adalah sama untuk kedua-dua peranti.

Samsung Galaxy A8 2018

Samsung Galaxy A8 2018

Kedua-duanya menggunakan kamera belakang 16-megapixel f/1.7, dan buat pertama kalinya Samsung menyertakan dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ia menggunakan gabungan kamera hadapan 16MP f/1.9 dan juga 8MP f/1.9 pada bahagian hadapan. Melalui penggunaan kamera ini, ia menawarkan ciri Live Focus untuk kamera hadapan, selain sokongan seperti Beauty Mode dan juga Stickers.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sokongan pengecasan pantas USB-C, dan sistem operasi Android 7.1.1 dengan antaramuka khusus Samsung.

Buat masa ini, Samsung masih belum berkongsi akan tarikh pelancaran telefon pintar ini di Malaysia.

Galaxy A8 2018



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy A8 (2018) Dan A8+ (2018) Kini Rasmi – Hadir Dengan Dwi-Kamera Di Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info