Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Opera Untuk Android Menerima Kemaskini Antaramuka, Dan Akses Pantas Ke Berita

Opera kini telah menawarkan versi terbaru Opera untuk Android, dimana melalui kemaskini baru ini, Opera memberikan sedikit nafas baru untuk antaramuka pelayar web berkenaan.

Kini, pada halaman tab baru, dibawah Speed Dial, Opera memperlihatkan sejumlah berita-berita terkini yang relevan kepada anda. Berita yang diperlihatkan ini berdasarkan kepada penggunaan anda dan dijana menggunakan kecerdasan buatan Opera tersendiri.

Opera Android

Pengguna turut boleh mengaktifkan Reader Mode untuk mengakses sesuatu berita dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Bagi anda yang menggunakan Opera untuk Android, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini dan menikmati ciri baru yang disertakan ini.

Muat-Turun Opera untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Opera Untuk Android Menerima Kemaskini Antaramuka, Dan Akses Pantas Ke Berita"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info