OnePlus 5T yang dilancarkan dua bulan yang lalu ialah peranti kemaskini kepada OnePlus 5. Selain skrin nirbingkai 18:9, OnePlus 5T turut hadir dengan sistem nyahkunci peranti menggunakan imbasan wajah. Ia menerima pujian kerana lebih pantas berbanding Face ID pada iPhone X. OnePlus kini berhadapan dengan saman kerana didakwa melanggar paten sistem nyahkunci ini.
SensibleVision memegang paten sistem yang menggunakan skrin untuk menerangi wajah pengguna apabila imbasan dilakukan di dalam gelap. Mereka kini bercadang mengambil tindakan mahkamah kerana OnePlus tidak pernah meminta kebenaran dari mereka untuk menggunakan sistem yang serupa pada OnePlus 5T.
Memandangkan paten hanya difailkan di Amerika Syarikat, SensibleVision tidak boleh menyaman OnePlus di negara asal mereka China. Tidak diketahui sama ada SensibleVision akan meneruskan rancangan untuk menyaman OnePlus buat masa ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus Mungkin Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten Sistem Nyahkunci Menggunakan Wajah"