Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nokia Dan Huawei Mengumumkan Kerjasama Perjanjian Paten

Nama dan kedudukan Nokia di dalam arena peranti pintar mungkin tidak segah dahulu. Mereka kini bukan lagi pengeluar peranti terbesar di dunia tetapi sebagai antara pelopor terawal, mereka memegang banyak paten yang membolehkan telefon pintar berfungsi dengan baik.

Pihak Nokia semalam telah mengumumkan kerjasama dengan Huawei dalam perjanjian penggunaan paten mereka. Tiada maklumat mengenai nilai bayaran dari pihak Huawei kepada Nokia. Tetapi penganalisa menganggarkan ia mungkin mencecah 100 juta Euro setahun. Selain Huawei, Xiaomi dan Apple turut telah menandatangani perjanjian paten dengan Nokia tahun ini.

Sungguhpun tidak lagi menghasilkan peranti mereka sendiri, semangat Connecting People Nokia masih hidup pada peranti-peranti yang menggunakan teknologi yang dipelopori mereka.

 

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Nokia Dan Huawei Mengumumkan Kerjasama Perjanjian Paten"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info