Huawei Malaysia hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan kemaskini EMUI 8.0 untuk telefon pintar Huawei Mate 9 bermula daripada 9 Disember 2017 kelak. Kemaskini akan ditawarkan untuk Mate 9 terlebih dahulu, dan pengguna Mate 9 Pro serta Mate 9 Porsche Design akan menerimanya pada penghujung Disember 2017 kelak.
EMUI 8.0 sebelum ini telah diperkenalkan bersama-sama Huawei Mate 10, dimana ia berasaskan kepada Android 8.0 Oreo. Huawei kini menyelarikan penggunaan angka versi EMUI sama seperti angka versi Android.
EMUI 8.0 hadir dengan sokongan pembelajaran mesin dan mengoptimasikan penggunaan berasaskan sesebuah peranti. Sejumlah ciri-ciri baru lain turut disertakan, termasuk sokongan 3D Panorama, akses pantas kedalam sesuatu aplikasi melalui menu akses pantas dengan menekan pada ikon untuk suatu ketika, dan beberapa ciri-ciri lain.
Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Mate 9, mungkin boleh tandakan kalendar anda dan memuat-turunnya bermula 9 Disember 2017 kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini EMUI 8.0 Akan Ditawarkan Untuk Huawei Mate 9 Bermula 9 Disember"