Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Text-To-Speech Talkback Dengan Sokongan Bahasa Malaysia Bakal Dibangunkan

Google Text-ToSpeech Talkback merupakan salah satu sokongan yang ditawarkan oleh Google untuk membolehkan teks di atas skrin dibacakan kepada anda. Buat masa ini, ia hanya menyokong beberapa bahasa sahaja, dan masih tiada sokongan bahasa Malaysia.

Perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi, memandangkan kini pihak SKMM telah mula mencari pembangun untuk membangunkan Google Text-To-Speech Talkback dalam bahasa Malaysia.

Pihak Google sendiri telah mula menyokong sejumlah perkhidmatan mereka dalam bahasa Malaysia, termasuk kebolehan mengubah ucapan kepada teks.

Penawaran fungsi ini adalah salah satu usaha untuk memudahkan lagi pengguna yang mempunyai masalah penglihatan menggunakan peranti pintar – selain pada masa yang sama turut boleh digunakan untuk melayari laman web dan mengubahnya kepada bentuk podcast.

Pihak SKMM baru sahaja membuka penghantaran tender kepada pembangun, dan mungkin ia akan mengambil tempoh yang sedikit lama lagi sebelum diperkenalkan secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Google Text-To-Speech Talkback Dengan Sokongan Bahasa Malaysia Bakal Dibangunkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info