Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Kini Membolehkan Anda Mengikut Sesuatu #Tagar

Instagram sebelum ini sekadar membolehkan anda mengikuti sesuatu profil, dan seterusnya melihat kemaskini berkenaan pada garis masa anda. Kini, selain hanya mengikuti sesuatu profil, Instagram turut memperkenalkan ciri untuk anda mengikuti sesuatu tagar (tanda pagar / hashtag).

Instagram Tagar Hashtag

Ciri baru ini mula diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini. Anda boleh menggunakan ciri carian pada Instagram untuk mencari sesuatu tagar, dan seterusnya mengikuti tagar berkenaan dengan mudah dengan menekan pada butang “Follow”.

Ciri ini mungkin tidak digemari kebanyakkan pengguna. Tetapi, ia amat berguna bagi anda yang sering ingin ikuti kemaskini daripada mereka dengan hobi lebih kurang sama seperti anda, selain memudahkan syarikat untuk melihat apakah yang sedang diperkatakan orang ramai mengenai penawaran mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda menyukai ciri baru ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Kini Membolehkan Anda Mengikut Sesuatu #Tagar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info