HTC pada tahun ini telah mencuri perhatian ramai kembali melalui telefon pintar siri HTC U11, selain turut memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin nirbingkai dinamakan HTC U11+.
Selepas melepasi pengesahan Sirim sebelum ini, kini pihak Brightstar mengesahkan yang mana HTC U11+ akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada bulan Januari 2018 ini.
HTC U11+ membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan nisbah 18:9, dilengkapi sokongan Edge Sense, dijana cip Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.
Telefon pintar ini masih kekal menggunakan satu kamera pada bahagian belakang, iaitu 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkannya adalah bateri berkapasiti 3930mAh.
Harga jualannya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan diketahui dalam masa sekitar dua minggu lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC U11+ Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Awal Januari 2018"