Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HP Spectre x360 Dengan Cip Intel Core Gen-8 Mula Dijual Pada Harga Bermula RM5299

HP kini nampaknya telah mula menawarkan satu demi satu produk baru mereka untuk pasaran tempatan. Selepas menawarkan HP Spectre 13 tempoh hari, kini pihak HP Malaysia turut telah mula menawarkan komputer riba denan skrin boleh-putar 360-darjah mereka, iaitu HP Spectre x360.

HP Spectre x360

HP Spectre x360 hadir dengan skrin 13.3-inci dengan paparan HD penuh, menyertakan engsel khusus yang membolehkan skrin diputarkan dan digunakan dalam mod berbeza, termasuk sebagai tablet. Melengkapkannya adalah cip generasi baru, Intel Core Gen-8 dalam pilihan Intel Core i5 atau i7, memori sehingga 8GB RAM, dan ruangan storan sehingga 512GB.

Dari segi rekaan, ia mengekalkan rekaan premium daripada HP dengan binaan yang kompak dan kukuh. HP mengatakan ia menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 16 jam melaluinya.

Pihak HP menyediakan beberapa variasi, dan model paling berharga rendah adalah RM5299. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan komputer riba ini daripada laman rasmi HP bermula hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "HP Spectre x360 Dengan Cip Intel Core Gen-8 Mula Dijual Pada Harga Bermula RM5299"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info