Sembang Maniac

Sembang-sembang je

The Lorry Kini Menyediakan Aplikasi Android Untuk Memudahkan Anda Tempah Lori

The Lorry merupakan salah satu perkhidmatan daripada syarikat tempatan yang memudahkan pengguna membuat tempahan lori untuk berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain. Mereka menyediakan pelbagai saiz lori berbeza yang sesuai dengan produk pengguna, termasuk menyediakan tempahan kenderaan 4×4.

The Lorry

Terkini, The Lorry dilihat sedang menguji aplikasi Android untuk memudahkan lagi proses pengguna untuk membuat tempahan lori. Pengguna hanya perlu memasukkan lokasi untuk mengambil barangan, dan seterusnya destinasi yang dituju. Melalui aplikasi berkenaan, ia akan memaparkan harga anggaran dan jarak perjalanan untuk setiap tempahan saiz lori berbeza – sekaligus membolehkan anda membuat tempahan melalui aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ia masih dilabelkan sebagai versi 0.1, dan mungkin terdapat beberapa masalah pepijat yang belum dikenal-pasti lagi. Bagi anda yang berminat dalam membuat tempahan lori, mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini dan menggunakannya dalam membuat tempahan lori untuk pemindahan barangan dan sebagainya.

Muat-Turun The Lorry untuk Android

Baca : The Lorry – Bagaimana Saya Bermula



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "The Lorry Kini Menyediakan Aplikasi Android Untuk Memudahkan Anda Tempah Lori"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info