Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Melancarkan Aplikasi Storybord, Selfissimo! Dan Scrubbies Untuk Menggalakkan Penggunaan Kamera Yang Kreatif

Lebih banyak gambar diambil dalam masa sehari oleh manusia sekarang berbanding 100 tahun pertama terciptanya teknologi fotografi. Dianggarkan di dalam tahun 2017 sahaja, 1.7 Trilion gambar akan diambil. Ini semua kerana wujudnya kamera pada setiap telefon mudah alih. Teknologi sudah berkembang dengan kualiti gambar pada peranti pintar cukup baik untuk digunakan untuk rakaman filem dan muka hadapan majalah berprestij.

Google mahu menggalakkan lagi penggunaan kamera dengan kreatif pada peranti pintar. Tiga aplikasi telah dilancarkan hari ini iaitu Storyboard, Selfissimo! dan Scrubbies. Storyboard mengubah video yang diambil menjadi komik satu muka secara automatik. Aplikasi memilih babak menarik dan mengenakan salah satu dari enam penuras secara automatik. Aplikasi ini hanya dihasilkan untuk Android.

Selfissimo! dari namanya anda mungkin boleh mengagak adalah aplikasi swafoto. Ia menggalakkan pengguna melakukan pelbagai gaya. Gambar hitam putih diambil sebaik sahaja pengguna berhenti bergerak. Pelbagai gambar dengan gaya berbeza boleh diambil sebelum ia disusun di dalam grid 3×4. Aplikasi ini dihasilkan untuk Android dan iOS.

Akhir sekali ialah Scrubbies yang membolehkan video dimainkan secara pantas, perlahan, ke hadapan atau ke belakang mengikut tatalan skrin pengguna. Ini kemudian boleh dieksport untuk dikongsikan ke mana-mana platform pilihan. Buat masa ini Scrubbies hanya dihasilkan untuk iOS.

Muat turun aplikasi Storyboard dari Google Play

Muat turun aplikasi Selfissimo! dari Google Play

Muat turun aplikasi Selfissimo! dari App Store

Muat turun aplikasi Scrubbies dari App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Melancarkan Aplikasi Storybord, Selfissimo! Dan Scrubbies Untuk Menggalakkan Penggunaan Kamera Yang Kreatif"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info