Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Facebook Hadir Dengan Messenger Kids – Aplikasi Permesejan Dan Panggilan Video Untuk Kanak-Kanak

Facebook hari ini mengumumkan pengenalan sebuah aplikasi yang khusus untuk kanak-kanak, dinamakan sebagai Messenger Kids. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan variasi Facebook Messenger yang dioptimasikan untuk pengguna kanak-kanak – sekaligus membolehkan mereka kekal berhubung secara melalui panggilan video atau teks dengan mudah bersama keluarga dan rakan-rakan.

Membezakan berbanding dengan Messenger biasa ialah dimana Messenger Kids boleh dipautkan bersama akaun ibu bapa dan memudahkan ibu bapa mengawal apa yang disembang oleh anak-anak mereka.

Messenger Kids

Disamping itu, Facebook juga turut menyertakan sejumlah kesan khas padanya dalam menjadikan panggilan video lebih menarik ketika menggunakan Messenger Kids ini.

Buat masa ini, Messenger Kids hanya ditawarkan untuk pengguna Amerika Syarikat sahaja, dan mungkin diperluaskan kepada semua berdasarkan kepada maklumbalas ramai mengenainya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Facebook Hadir Dengan Messenger Kids – Aplikasi Permesejan Dan Panggilan Video Untuk Kanak-Kanak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info