Canon, sebuah jenama kamera dan pencetak yang terkenal dari Jepun baru-baru ini mengumumkan kehadiran sebuah kamera padat yang hadir dengan ciri-ciri yang biasanya dapat dilihat pada sebuah kamera DSLR: Canon PowerShot G1 X Mark III.
Kamera G1 X Mark III ini hadir dengan pemproses imej DIGIC 7, bersama-sama dengan sensor APS-C CMOS bersaiz 24.2 MP dengan sistem autofokus Dual-Pixel CMOS yang memberikan para pengguna ciri-ciri dan kualiti gambar sebuah kamera DSLR di dalam rekabentuk kamera padat.
Dari segi lensa pula, kamera G1 X Mark III mempunyai lensa IS 24-72mm dengan bukaan (aperture) f2.8-5.6 dengan zoom optikal 3X. Di bahagian belakang pula ialah sebuah paparan skrin OLED yang dipadankan dengan Electronic Viewfinder, semua didalam sebuah rekabentuk yang mudah dibawa kemana-mana.
Kamera ini juga mempunyai sokongan untuk sambungan tanpa wayar WiFi dan NFC yang memudahkan pengguna untuk memindah fail dari kamera ke peranti mudah-alih untuk diposkan ke plaform media sosial.
Spesifikasi penuh kamera Canon PowerShot G1 X Mark III adalah seperti berikut:
Sensor imej: 24.2MP APS-C CMOS sensor
Pemproses Imej: DIGIC 7
Sistem Autofokus: Dual Pixel CMOS AF
Jarak ISO: 100 – 25600
Paparan: 3.0” vari-angle LCD with touchscreen
Video: 60p Full HD
Sambungan: Wi-Fi, NFC, Bluetooth low energy
Kamera Canon PowerShot G1 X Mark III ini kini hadir di kedai penjual rasmi Canon pada harga RM1599.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Canon PowerShot G1 X Mark III Diumumkan – Kamera Padat Dengan Spesifikasi Dan Kemampuan Sebuah DSLR"