Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mohon Maaf Kerana Memperlahankan iPhone Generasi Lama

Lanjutan daripada laporan mengenai Apple yang memperlahankan iPhone generasi lama, hari ini gergasi perkomputeran berkenaan mengeluarkan kenyataan rasmi, dan memohon maaf kepada semua pengguna disebabkan olehnya.

Apple mengatakan mereka melakukan perubahan dan mengurangkan kuasa pemprosesan pada iPhone generasi lama dalam memastikan para pengguna akan dapat kekal menikmati iPhone seperti biasa – dan supaya bateri lama tidak memberikan kesan kepada penggunaan mereka.

Apple sebelum ini telah mengimplementasi kawalan terhadap prestasi iPhone lama sejak setahun lepas melalui kemaskini iOS 10.2.1 yang memberikan kesan kepada iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, dan juga iPhone SE. Disamping itu, perkara sama turut dilakukan pada iPhone 7 dan juga iPhone 7 Plus melalui iOS 11.2.

Seperti dinyatakan sebelum ini, pengguna boleh mengembalikan prestasi iPhone seperti biasa dengan mengubah kepada bateri baru.

Bergerak kehadapan, Apple mengatakan mereka akan mengurangkan harga untuk menggantikan bateri lama pada iPhone bermula Januari 2018 kelak, selain Apple turut akan menawarkan kemaskini iOS yang turut memperlihatkan jangka hayat dan prestasi bateri iPhone mereka tersendiri.

Baca : Kenyataan Apple



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Apple Mohon Maaf Kerana Memperlahankan iPhone Generasi Lama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info