Apple kini memperkenalkan sebuah ciri baru yang dinantikan ramai, iaitu kebolehan untuk pra-tempah sesuatu aplikasi di AppStore. Dengannya, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk sesuatu aplikasi akan datang, dan seterusnya ia akan dimuat-turun secara automatik ke peranti anda apabila ia dilancarkan kelak.
Menurut Apple, seseorang pembangun boleh menawarkan aplikasi untuk pra-tempahan sehinga 90 hari sebelum ia dilancarkan. Dengan langkah ini juga, ia membolehkan seseorang pembangun melakukan promosi dan mendapatkan pengguna lebih awal sebelum pelancaran rasmi aplikasi berkenaan.
Ciri ini menyokong kedua-dua aplikasi percuma dan berbayar. Menariknya, pembangun turut boleh menarik pengguna dengan menawarkan diskaun ketika pra-tempahan untuk aplikasi berbayar.
Dengan penambahan ciri baru ini, kita mungkin akan melihat lebih ramai pembangun menggunakannya dalam mempromosikan aplikasi mereka sebelum pelancaran rasmi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Memperkenalkan Ciri Untuk Pra-Tempah Aplikasi Di AppStore"