Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Kini Turut Disaman Di Korea Dan Perancis Kerana Memperlahankan iPhone Generasi Lama

Seperti dijangka saman mula difailkan terhadap Apple kerana tindakan mereka memperlahankan iPhone generasi lama yang mempunyai masalah bateri. Semua peranti lama termasuk iPhone 7 akan diperlahankan apabila iOS mengesan bateri tidak lagi berfungsi secara optimum. Terkini saman telah difailkan di Perancis dan Korea Selatan.

Di Perancis saman difailkan oleh Halte à l’Obsolescence Programmée (HOP) yang bermaksud Hentikan Pengusangan Terancang. Mereka mendakwa tindakan Apple ini berniat jahat bagi meningkatkan jualan peranti baru. Di Perancis sebuah undang-undang telah digubal pada tahun 2015 bagi mengharamkan pengeluar dari menggunakan pengusangan terancang (planned obsolescense) bagi meningkatkan jualan peranti baru.

Di Korea Selatan pula dua firman guaman sedang mengumpul plaintif sebelum memfailkan saman secara berkumpulan. Salah sebuah firma ialah Hwimyoung yang sudah berjaya mengumpul 20 pengguna Apple yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku kepada iPhone mereka.

Ini mengikuti jejak lima pengguna di Amerika Syarikat yang memfailkan sama ke atas Apple minggu lalu. Masalah ini bermula selepas ramai pengguna iPhone merungut peranti mereka mati secara tiba-tiba walaupun bateri masih mempunyai caj. Siapa sangka cara Apple menyelesaikan masalah ini mendatangkan masalah yang lebih besar hari ini. Permohonan maaf yang diberikan hari ini nampaknya hadir telalu lewat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Kini Turut Disaman Di Korea Dan Perancis Kerana Memperlahankan iPhone Generasi Lama"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info