Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Meningkatkan Had Kicauan Ke 280 Aksara Kepada Semua

Selama ini Twitter menghadkan kicauan 140 aksara kepada semua pengguna. Pada September yang lalu ia ditingkatkan ke 280 kepada pengguna tertentu bagi menguji reaksi mereka. Bagi yang menantikan giliran mereka untuk turut berkicau pada had aksara baru, ia baru sahaja diaktifkan pagi ini kepada semua.

Beberapa perubahan dilihat apabila berkicau menggunakan aplikasi. Had aksara yang tertera di bawah skrin kini berubah kepada ikon berbentuk bulatan berwarna biru semakin banyak aksara ditaip. Menurut Twitter had aksara dinaikkan kerana mereka mendapati 9% tweet yang dihantar didapati menghampiri had aksara lama. Ini menunjukkan ramai pengguna perlu menyunting kicauan bagi memastikan ia tidak melebihi had.

Selamat berkicau dengan had aksara baru. Mungkin selepas ini penggunaan singkatan AQ sebagai ganti aku boleh dikuburkan kerana tiada lagi alasan memendekkan ejaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Meningkatkan Had Kicauan Ke 280 Aksara Kepada Semua"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info