Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Syarikat Sebalik WeChat, Tencent Turut Sedang Membangunkan Teknologi Swapandu

Tencent merupakan salah satu syarikat yang bukan asing bagi pengguna tempatan. Mereka mempunyai sejumlah jenama popular dibawah mereka termasuk WeChat, League of Legends, dan sejumlah yang lain.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Tencent turut sedang membangunkan teknologi swapandu untuk kenderaan. Tencent dikatakan menggunakan kepakaran mereka dalam arena kecerdasan buatan dan juga pemetaan dalam membangunkan teknologi swapandu ini.

Langkah ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan. Sebelum ini sendiri, Tencent telah sedia membuat pelaburan dalam arena automotif – termasuk mempunyai pegangan dalam syarikat kenderaan elektrik Tesla.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah peratusan pembangunan yang telah siap untuk teknologi swapandu ini. Selain daripada Tencent, di China, satu lagi syarikat yang memfokuskan pelaburan swapandu adalah Baidu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Syarikat Sebalik WeChat, Tencent Turut Sedang Membangunkan Teknologi Swapandu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info