Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SpinX – Robot Yang Mencuci Tandas Secara Automatik

Dianggarkan sebanyak 5 juta insan akan kehilangan kerja kerana penggunaan sistem automasi menjelang 2020. Antara kerja yang mungkin pupus di masa hadapan ialah operator pengeluaran dan pemandu lori. Kerjaya yang mungkin diancam seterusnya mungkin adalah pembersih tandas.

Robot SpinX telah dihasilkan dan ia mampu mencuci tandas duduk dalam masa beberapa minit. Sistem laser akan mengimbas bentuk mangkuk tandas sebelum berus bermotor mencuci setiap inci permukaannya. Bahagian tempat duduk turut boleh dibersihkan menggunakan corong jet terbina.

Pencipta SpinX sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter untuk menjualnya secara besar-besaran. Ia boleh ditempah pada harga bermula $198 (~RM831) sebuah.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "SpinX – Robot Yang Mencuci Tandas Secara Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info