Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Skrin iPhone X Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate

Pada Ogos yang lalu, skrin Samsung Galaxy Note 8 telah ditabalkan sebagai yang terbaik pada peranti pintar menurut ujian DisplayMate. Takhta ini telah dirampas oleh iPhone X setelah DisplayMate melakukan ujian terbaru mereka.

Skrin OLED yang digunakan walaupun dihasilkan oleh Samsung tetapi mengikut rekaan yang diberikan oleh Samsung. Keterangan purata skrin iPhone X ialah 625 nits berbanding 423 nits pada Samsung Galaxy Note 8. Skrin Note 8 boleh mencecah tahap keterangan maksimum 1240 nits berbanding 804 nits pada iPhone X. Menurut DisplayMate keterangan purata adalah lebih penting bagi paparan imej yang sekata.

Teknologi Diamond Sub-Pixels yang digunakan oleh Apple menyebabkan paparan yang bukan sahaja lebih terang tetapi apabila digabungkan dengan teknologi True Tone memaparkan warna yang lebih tepat.

Tahun ini Apple menggandakan usaha mereka dan hasilnya ialah kemampuan kamera dan skrin yang menerima pujian ramai. Oleh sebab itulah harga jualan iPhone X lebih tinggi dari biasa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Skrin iPhone X Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh DisplayMate"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info