Penipuan atas talian (scam) melibatkan emel dilihat semakin serius. Hari demi hari tidak lekang dari dada akhbar berita mangsa kerugian ratusan ribu Ringgit kerana dijanjikan kekayaan menerusi emel dari insan yang tidak dikenali. Biasanya jika emel seperti ini diterima anda mungkin akan memadamnya. Kini ada cara lebih bijak dengan menghantarkannya ke Re:scam.
Re:scam ialah ChatBot yang dihasilkan bagi membazirkan masa penipu atas talian. Dengan menggunakan kecerdasan buatan, ia akan membalas emel penipu dan melayan mereka tanpa henti. Oleh itu masa penipu akan terbazir melayan bot dan bukannya bakal mangsa. Re:scam mempunyai pelbagai watak dan cara menulis bagi mengelirukan penipu.
Ia dibangunkan oleh Netsafe sebuah NGO keselamatan atas talian yang berpangkalan di New Zealand. Sekiranya anda menerima emel berunsur penipuan, anda boleh menghantarkannya ke me@rescam.org dan Re:scam akan bekerja keras membazir masa insan yang menghantar emel tersebut.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Re:scam – ChatBot Yang Dihasilkan Untuk Membazirkan Masa Penipu Atas Talian"