Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Qualcomm Mungkin Menolak Penawaran Pengambil-Alihan Oleh Broadcom

Broadcom sebelum ini telah membida untuk mengambil-alih pengeluar cip pemprosesan popular untuk telefon pintar, iaitu Qualcomm. Lanjutan daripadanya, kini laporan baru hadir daripada Reuters, mengatakan mereka mungkin menolak penawaran pengambil-alihan berkenaan.

Ia dikatakan nilai yang ditawarkan oleh Broadcom adalah rendah, dan Qualcomm inginkan harga yang lebih tinggi lagi. Sebelum ini, Broadcom menawarkan nilai $70 sesaham, membawa kepada harga keseluruhan sebanyak $103 bilion untuk syarikat Qualcomm. Broadcom dilihat berminat dengan Qualcomm kerana ia akan mengkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena semikonduktor.

Broadcom turut diperkatakan telah bersedia untuk penolakkan penawaran pengambil-alihan ini, dan mempunyai beberapa perancangan mereka tersendiri untuknya. Walaubagaimanapun, sekiranya Qualcomm bersetuju, ia turut akan mengambil langkah yang lama sebelum pelbagai proses pengambil-alihan selesai sepenuhnya – termasuk untuk menerima pengesahan daripada pihak berkuasa.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut antara Broadcom dan Qualcomm ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Qualcomm Mungkin Menolak Penawaran Pengambil-Alihan Oleh Broadcom"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info