Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Paste – Aplikasi Membuat Dokumen Pembentangan Daripada FiftyThree

FIftyThree merupakan salah satu pembangun aplikasi yang terkenal dengan penawaran aplikasi lakaran popular, Paper. Paper telah ditawarkan untuk iPad sejak beberapa tahun lalu, dan masih kekal sebagai aplikasi lakaran yang menjadi pilihan ramai pengguna seluruh dunia.

Kini, FiftyThree turut memperkenalkan satu lagi aplikasi baru, dinamakan sebagai Paste.

Paste merupakan salah satu aplikasi yang ingin memudahkan anda membuat dokumen pembentangan. Paste menawarkan rekaan moden, dan turut ditawarkan untuk iPad dan iPhone secara percuma.

Paste

Ia membawakan rekaan yang kemas dan mudah digunakan – memfokuskan sepenuhnya kepada kandungan dalam sesuatu pembentangan. Pengguna dengan mudah boleh menambah pelbagai jenis kandungan, termasuk pautan dan video ke dalamnya.

Paste turut menawarkan integrasi menyeluruh ke Slack – sesuai untuk anda yang menggunakannya dalam perusahaan untuk menyunting dokumen bersama pengguna lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba aplikasi Paste ini hari ini pada iPad atau iPhone. Ia turut ditawarkan dalam bentuk berbayar dengan beberapa ciri-ciri tambahan selepas anda habis tempoh percubaannya.

Muat-Turun Paste untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Paste – Aplikasi Membuat Dokumen Pembentangan Daripada FiftyThree"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info