Sembang Maniac

Sembang-sembang je

OnePlus 3 Dan 3T Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

OnePlus 5T yang dilancarkan minggu lalu masih lagi menggunakan Android Nougat. Ia hanya akan menerima kemaskini ke versi perisian terkini Oreo pada awal 2018. Bagi pemilik OnePlus 3 dan 3T ada berita baik pagi ini kerana kemaskini ke Android Oreo mula diterima secara OTA.

Kemaskini ini hadir bersama pelancar OxygenOS 5.0. Peranti kini menerima kemaskini antaramuka talam notifikasi, sokongan picture-in-picture dan sokongan dua aplikasi dengan dua akaun berbeza. OnePlus memberikan kemaskini ini secara berperingkat. Kepada pengguna di Malaysia, adakah anda sudah menerima Oreo?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "OnePlus 3 Dan 3T Mula Menerima Kemaskini Android Oreo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info