Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Motosikal Vespa Elektrik Sepenuhnya Akan Mula Dijual Pada Tahun 2018

Vespa ialah motosikal ikonik yang diabadikan di dalam filem klasik Roman Holiday dan komik ternama Lagak A Mahmud. Walaupun sudah berusia lebih tujuh puluh tahun, rekaan asas sebuah Vespa tidak banyak berubah dari model asal. Tahun hadapan Vespa elektrik sepenuhnya akan mula dipasarkan bagi pemilik yang mementingkan gaya klasik tetapi cakna dengan masalah pencemaran.

Piaggio Vespa Elettrica dilengkapi motor elektrik 4kW yang menurut mereka lebih berkuasa berbanding enjin 50cc. Dengan sekali caj Vespa Elettrica mempunyai jarak operasi sehingga 100 kilometer. Sebuah model hybrid turut akan dipasarkan yang menggandakan jarak operasinya. Sistem paparan LCD menggantikan meter analog. Kelajuan, masa, suhu dan caj bateri dipaparkan pada LCD ini.

Tiada maklumat mengenai harga jualan buat masa ini. Persoalan eksistensial di sini ialah adakah Vespa masih lagi Vespa sekiranya ia tidak lagi mengeluarkan bunyi enjinnya yang cukup dikenali ramai?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Motosikal Vespa Elektrik Sepenuhnya Akan Mula Dijual Pada Tahun 2018"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info