Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Moto G5S Plus Berharga RM999 – Telefon Pintar Dwi-Kamera Dengan Snapdragon 625

Lenovo Mobile Malaysia hari ini telah mengumumkan telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Moto G5S Plus. Peranti ini akan ditawarkan bermula hari ini, pada harga RM999.

Moto G5S Plus hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci pada paparan HD penuh, dilengkapi dengan cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Moto G5S PLus

Moto G5S Plus

Melengkapkan telefon pintar ini pada bahagian belakang adalah sokongan dwi-kamera 12-megapixel yang membolehkan rakaman gambar bokeh menggunakannya. Untuk rakaman kamera hadapan, ia menyertakan kamera 8-megapixel. Moto G5S Plus ini turut menyokong rakaman video pada resolusi 4K 60fps.

Ia turut hadir dengan Android 7.1 Nougat, tetapi Motorola telah sedia menjanjikan kemaskini Android 8.0 Oreo.

Di Malaysia, ia ditawarkan bermula hari ini pada harga RM999.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Moto G5S Plus Berharga RM999 – Telefon Pintar Dwi-Kamera Dengan Snapdragon 625"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info