Semua peranti yang baru akan mempunyai masalah yang tidak ditemui sebelum ini. Ujian secara menyeluruh di dalam semua situasi adalah hampir mustahil untuk dilakukan. Pada iPhone X, terdapat sebilangan pengguna yang melaporkan skrin gagal berfungsi selama beberapa saat apabila mereka menggunakannya di dalam cuaca sejuk.
Apple menyedari akan kewujudan masalah ini dan mengumumkan ia akan diselesaikan melalui kemaskini iOS 11.1.2 yang dikeluarkan hari ini. Selain masalah skrin, ia turut menampal pepijat herotan pada gambar apabila menggunakan Live Photo. Apple iPhone X akan dilancarkan di Malaysia pada 24 November. Apabila dilancarkan kelak pelbagai masalah yang melanda pengguna gelombang pertama tidak akan dialami pengguna tempatan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Masalah Skrin iPhone X Gagal Beroperasi Apabila Sejuk Diselesaikan Dengan Kemaskini iOS 11.1.2"