Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Logitech Membawa Papan Kekunci Ke Dalam Arena Realiti-Maya

Logitech merupakan salah satu pengeluar aksesori yang terkenal dengan penawaran pelbagai produk – termasuk papan kekunci dan tetikus. Terkini, Logitech dan HTC Vive mengumumkan kerjasama – dan ingin menawarkan kemudahan menaip dalam arena realiti-maya melalui papan kekunci maya.

Logitech Bridge

Melalui kerjasama Logitech dan HTC Vive ini, mereka menawarkan kit khusus untuk para pembangun untuk menginterasikan kemudahan menaip dalam penawaran kandungan realiti-maya mereka.

Kit berkenaan yang dinamakan Logitech Bridge, menyertakan tracker yang menawarkan pengalaman seumpama anda sedang menaip dalam arena realiti-maya.

Buat masa ini, penawaran ini sekadar konsep dan memfokuskan kepada pembangun sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah Logitech akan memasarkan produk ini secara meluas kepada semua pengguna HTC Vive seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Logitech Membawa Papan Kekunci Ke Dalam Arena Realiti-Maya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info