Sembang Maniac

Sembang-sembang je

KFC Hadir Dengan “Internet Escape Pod” – Ingin Melindungi Anda Daripada Dunia Internet

KFC sebelum ini pernah hadir dengan beberapa produk yang boleh dikatakan kadang-kala “kelakar” atau “tidak masuk akal”. Terkini, mereka hadir dengan sebuah lagi produk baru yang dinamakan sebagai Internet Escape Pod.

KFC Internet Escape Pod ini berbentuk kubah, dan boleh memuatkan sehingga 4 orang didalamnya.

KFC Internet Escape Pod

KFC mengatakan melalui kubah ini, ia direkabentuk untuk melindungi anda daripada dunia internet yang berhubung ke peranti anda. KFC menggunakan bahan seperti keluli, kain yang tebal, serta lapisan cat khusus untuk mengelak daripada anda menerima sebarang rangkaian didalamnya.

KFC turut menekankan yang mana mereka telah sedaya upaya mengambil-langkah untuk menghalang peranti anda untuk berhubung dengan dunia luar sebaik sahaja berada dalam kubah Internet Escape Pod ini.

KFC Internet Pod ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja, dan ditawarkan pada harga $10,000 iaitu sekitar RM41,550 mengikut kadaran mata wang semasa artikel ini ditulis.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "KFC Hadir Dengan “Internet Escape Pod” – Ingin Melindungi Anda Daripada Dunia Internet"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info