Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jerman Mengharamkan Penggunaan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak

Jerman kini mengumumkan yang mana mereka mengharamkan penjualan dan penggunaan jam tangan pintar untuk kanak-kanak. Pengumuman berkenaan telah dilakukan pada penghujung minggu lepas, dan mereka turut meminta ibu bapa yang mempunyai jam tangan pintar untuk kanak-kanak ini berhenti menggunakannya, dan memusnahkannya.

Langkah ini diambil oleh pihak berkuasa di Jerman kerana jam tangan pintar untuk kanak-kanak turut hadir dengan sokongan untuk merakamkan perbualan secara senyap dilatar. Ibu bapa boleh menggunakan aplikasi khusus, dan mendengar suara daripada persekitaran anak mereka – sekaligus memungkinkan menggunakan anak untuk mencuri dengar perbualan dan sebagainya.

Pihak berkuasa Jerman meminta ibu bapa untuk memusnahkan jam tangan pintar untuk kanak-kanak, disamping pada masa yang sama meminta sekolah turut memantaunya.

Selain daripada ini, sebelum ini sebuah kajian telah hadir memperlihatkan masalah sekuriti untuk penggunaan jam tangan pintar kanak-kanak – yang membolehkan pengodam untuk mencuri dengar perbualan, selain melihat lokasi semasa seseorang kanak-kanak berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jerman Mengharamkan Penggunaan Jam Tangan Pintar Untuk Kanak-Kanak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info