Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harry Potter Wizards Unite Diumumkan – Permua AR Dari Pembangun Pokemon GO

Fenomena Pokemon Go yang berlaku tahun lalu menimbulkan pelbagai kontroversi. Terdapat pemain yang menemui mayat, maut akibat kemalangan dan dijel kerana menceroboh. Di Malaysia ia difatwakan haram kerana membahayakan keselamatan pemain. Deman Pokemon Go kini sudah gebah dan besar kemungkinan digantikan pula oleh Harry Potter Wizards Unite.

Permua AR ini diumumkan kewujudannya oleh Niantic hari ini. Niantic ialah pembangun Pokemon GO dan Ingress yang menggunakan sepenuhnya teknologi AR. Harry Potter Wizards Unite membolehkan pemain memburu haiwan-haiwan magis (seperti filem Fantastic Beasts) dan menentang musuh bersama rakan-rakan “ahli sihir” anda di dunia sebenar. Nantikan pelancarannya pada tahun 2018.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harry Potter Wizards Unite Diumumkan – Permua AR Dari Pembangun Pokemon GO"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info