Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Fon Kepala SteelSeries Arctis 3 Dilancarkan Dengan Kemampuan Sambungan Bluetooth Dan Berwayar Serentak

Fon kepala tanpa wayar bluetooth semakin popular sekarang kerana semakin banyak peranti pintar tidak lagi menyertakan sokongan bicu audio 3.5mm. Kesemuanya walaubagaimanapun hanya boleh melakukan satu sahaja sambungan pada satu-satu masa. Apabila kabel dipasang, mod bluetooth akan dinyahaktifkan. Bagi yang memerlukan dua sambungan serentak, fon kepala SteelSeries Arctis 3 dilancarkan.

Sambungan berwayar dan bluetooth boleh diaktifkan serentak. Mengapakah ini perlu? Seorang gamer akan memasak fon kepala berwayar bagi mengelakkan kadar masa pendam (latency) audio ketika bermain. Tetapi mereka mungkin masih mahu mendengar notifikasi atau panggilan dari telefon. Oleh itu tambahan bluetooth kepada telefon pintar boleh dilakukan. SteelSeries Arctis 3 pada harga $129.99 (~RM 550) sepasang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Fon Kepala SteelSeries Arctis 3 Dilancarkan Dengan Kemampuan Sambungan Bluetooth Dan Berwayar Serentak"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info