Emirates merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terkemuka, dan kini mereka mengumumkan kerjasama bersama Thales dan Inmarsat dalam menawarkan akses internet dalam penerbangan pada kelajuan mencapai 50Mbps.
Pada hari ini, akses WiFi dalam penerbangan boleh dikatakan masih agak perlahan dan sering digunakan ramai untuk kekal berhubung melalui aplikasi permesejan dan sebagainya. Dengan akses yang lebih pantas, ia sekaligus membuka ruangan untuk penumpang membuat pelbagai tugasan lain ketika dalam penerbangan.
Emirates mengatakan teknologi sokongan internet pantas ini akan dilengkapi pada kapal terbang Boeing 777X baru mereka bermula 2020 kelak.
Pada hari ini, Emirates menawarkan akses WiFi percuma 20MB untuk penumpang ekonomi, selain akses tanpa had untuk penggunaan Business Class.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Emirates Ingin Menawarkan Internet Berkelajuan Mencapai 50Mbps"