Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten Dwi-Kamera Yang Digunakan Pada iPhone 7 Plus Dan 8 Plus

Tahun 2017 ialah tahun saman datang bertali arus kepada Apple. Kes saman melibatkan mereka dan Qualcomm masih belum selesai tetapi sebuah lagi saman baru difailkan oleh syarikat Corephotonics. Syarikat yang berpangkalan di Israel ini mendakwa Apple telah melanggar paten teknologi dwi-kamera mereka yang kemudiannya digunakan pada iPhone 7 Plus dan 8 Plus.

Apple iPhone 8

Menurut writ saman yang difailkan, Corephotonics mempunyai beberapa paten sistem dwi-kamera yang meningkatkan kualiti gambar yang diambil. Mereka pernah menghubungi Apple untuk berkongsi teknologi yang dihasilkan. Apple dikatakan memuji teknologi yang diperlihatkan tetapi tidak berminat untuk melakukan kerjasama.

Selepas itu Apple telah mengeluarkan iPhone 7 Plus yang merupakan peranti dwi-kamera pertama mereka. Corephotonics mendakwa Apple telah menggunakan rekaan lensa telefoto, zoom optikal dan cara gambar digabungkan menjadi satu imej menerusi dua sensor berbeza milik mereka tanpa kebenaran.

Setakat ini hanya iPhone 7 Plus dan 8 Plus disenaraikan oleh Corephotonics sebagai peranti yang melanggar paten. iPhone X mungkin akan turut dimasukkan ke dalam senarai peranti melanggar paten di masa hadapan kerana ia baru sahaja dilancarkan.

Corephotonics telah melantik firman guaman Quinn Emanuael Urquhard & Sullivan untuk mewakili mereka. Ini ialah firma yang sama digunakan oleh Samsung di dalam kes menentang Apple.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Disaman Kerana Didakwa Melanggar Paten Dwi-Kamera Yang Digunakan Pada iPhone 7 Plus Dan 8 Plus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info