Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Akan Menghasilkan iPad Dengan Bingkai Nipis Dan Face ID Tahun Hadapan

Berdasarkan sambutan dari orang ramai, iPhone X ialah peranti yang amat popular. Ulasan dari pengguna majoritinya adalah positif dengan pujian diberikan kepada kamera yang digunakan. Ini membuktikan tindakan Apple untuk berhenti menggunakan Touch ID adalah percaturan yang bijak. Tahun hadapan mungkin tiba giliran iPad untuk menerima rekaan seakan iPhone X.

Menurut laporan Bloomberg, Apple sedang membangunkan iPad Pro dengan bingkai yang lebih nipis dan sistem Face ID. Butang home fizikal dengan Touch ID tidak akan lagi disertakan. Saiz fizikal iPad akan dikekalkan tetapi kini dengan skrin yang lebih besar. Tidak seperti iPhone X, iPad Pro baru ini akan mengekalkan penggunaan skrin LCD kerana Apple masih tidak mempunyai pengedar skrin OLED besar yang mencukupi.

Laporan ini selari dengan ramalan KGI yang mengatakan iPad Pro akan dilengkapi sistem Face ID. Kami laporkan semalam Apple mencatatkan peningkatan jualan tablet walaupun pasaran menunjukkan trend penurunan. Mungkin dengan pengenalan rekaan hampir nirbingkai, jualan iPad akan semakin meningkat dan mengukuhkan kedudukan Apple sebagai pengeluar tablet nombor satu dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Akan Menghasilkan iPad Dengan Bingkai Nipis Dan Face ID Tahun Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info