Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Twitter Lite Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Malaysia

Twitter sebelum ini telah menguji aplikasi Twitter Lite secara terhad di Filipina sejak bulan September yang lepas. Kini, aplikasi berkenaan turut telah diterbitkan untuk pengguna di beberapa buah negara lain, termasuk Malaysia.

Twitter Lite memfokuskan kepada peranti berspesifikasi rendah dan dioptimasikan untuk digunakan dengan pantas pada kelajuan rangkaian yang perlahan – termasuk pada 2G dan 3G.

Twitter Lite Android

Twitter Lite bersaiz kurang 3MB, dan menawarkan pengalaman penggunaan Twitter seperti biasa melaluinya – dimana ia memudahkan anda mengikuti pelbagai kemaskini daripada rakan-rakan, atau mengikuti carian tagar (hashtag), serta menghantar mesej kepada rakan-rakan secara peribadi.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh memuat-turun Twitter Lite ini hari ini.

Muat-Turun Twitter Lite untuk Android



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Aplikasi Twitter Lite Untuk Android Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info