China mempunyai bidang perundangan yang sedikit berbeza berbanding dengan pelbagai negara lain di dunia – membuatkan pelbagai syarikat perkomputeran global sedikit sukar untuk bersaing di sana. Google sehingga kini masih tidak mempunyai perkhidmatan untuk pengguna awam di China, dan kini ia dilihat Amazon akan menjual perniagaan perkomputeran awan Amazon Web Services di China kepada syarikat tempatan, Beijing Sinnet Technology.
Untuk makluman, Beijing Sinnet merupakan rakan kerjasama Amazon di China untuk perniagaan perkomputeran awan. Beijing Sinnet mengatakan mereka akan membeli perniagaan berkenaan pada nilai mencapai 2 Bilion Yuan, iaitu sekitar RM1.26 bilion.
Sebelum ini sendiri, AWS di China dioperasikan oleh Sinnet – dan dengan pengambil-alihan ini, ia akan memudahkan lagi proses mematuhi undang-undang tempatan, serta meningkatkan sekuriti dan kualiti perkhidmatan AWS di sana.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Amazon Menjual Perniagaan Perkomputeran Awan AWS Di China"