Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Airbnb Dilaporkan Tidak Sah Di Sabah

Airbnb merupakan salah satu perkhidmatan ang membolehkan para pengguna untuk mencari tempat tinggal sementara, selain membolehkan pemilik kediaman untuk menyewakan sebahagian daripada rumah atau bilik kepada penyewa yang mencarinya.

Airbnb sedia menawarkan pilihan kediaman daripada pelbagai bandar-bandar utama, termasuk dari Sabah. Walaubagaimanapun, kini, ia dilaporkan yang mana perkhidmatan Airbnb adalah tidak sah di Sabah.

Melalui laporan BorneoPost, menurut peguam daripada Sabah Law Society, Airbnb merupakan salah satu aktiviti komersial dan memerlukan bangunan yang direkabentuk untuk penggunaan komersial untuknya, selain kebenaran dari segi keselamatan daripada pihak Bomba. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dijangka hadir dengan garis panduan untuknya dan dijangka memperkenalkan ia tidak lama lagi.

Selain Sabah, terdapat pelbagai negara dan bandar-bandar yang turut mengharamkan atau mempunyai beberapa peraturan tambahan untuk Airbnb – termasuk Singapura yang merancang memperkenalkan garis panduan dan peraturan khusus untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Perkhidmatan Airbnb Dilaporkan Tidak Sah Di Sabah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info