Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Papan Kekunci Mekanikal MasterKeys L Dan S PBT Mula Dijual DI Malaysia – Hadir Dengan Suis Mekanikal Cherry MX Dan Kekunci PBT

Papan kekunci mekanikal kini semakin banyak digunakan oleh pelbagai jenis pengguna PC, tidak kiralah jika mereka tergolong diantara mereka yang gemar bermain permainan komputer ataupun mereka yang seharian menaip di pejabat ataupun di rumah.

Kini, Cooler Master baru sahaja mengumumkan kehadiran siri papan kekunci mekanikal terbaru mereka, Cooler Master MasterKeys PBT, yang terdiri daripada papan kekunci MasterKeys L PBT dan MasterKeys S PBT yang hadir dengan sistem suis mekanikal Cherry MX.

Seperti yang tertera pada nama kedua-dua papan kekunci MasterKeys PBT ini, kekunci yang digunakan merupakan kekunci PBT, dan ini merupakan kekunci premium dan tahan lama. Aksara-aksara yang diukir pada kekunci PBT ini akan mengambil masa yang sangat lama untuk pudar, manakala kekuncinya pula tidak mudah rosak walaupun digunakan dengan kasar.

Cooler Master juga memberi pengguna kekunci PBT berwarna merah untuk mereka yang mahukan sedikit kelainan pada papan kekunci mereka.

Satu lagi ciri menarik yang hadir pada papan kekunci MasterKeys PBT ini ialah ciri menukar susun atur kekunci ini daripada QWERTY ke DVORAK dan juga Wokrman. Pengguna hanya perlu menekan satu butang khas untuk menukar susun atur tersebut, tanpa perlu memasang sebarang perisian pada komputer pengguna.

Papan kekunci Cooler Master MasterKeys L PBT kini hadir di pasaran tempatan pada harga RM359, manakala Cooler Master MasterKeys S PBT, iaitu variasi tenkeyless (tanpa numpad) akan hadir pada hujung bulan November kelak untuk harga yang sama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Papan Kekunci Mekanikal MasterKeys L Dan S PBT Mula Dijual DI Malaysia – Hadir Dengan Suis Mekanikal Cherry MX Dan Kekunci PBT"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info