Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Motorola Mengumumkan Peranti-Peranti Yang Akan Mendapat Kemaskini Android 8.0 Oreo

Salah satu masalah yang sering membelenggu para pengguna peranti Android ialah kemaskini untuk sistem operasi tidak selalu hadir, terutamanya untuk mereka yang menggunakan peranti kelas pertengahan ataupun yang lebih murah.

Pihak Motorola sedar akan masalah ini, dan baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini sejumlah besar peranti-peranti mereka di masa akan datang dengan sistem operasi Android 8.0. Peranti-peranti ini termasuklah:

  • moto z
  • moto z Play
  • moto z2 Play
  • moto x4
  • moto g5 Plus
  • moto g5S Plus

Menurut pihak Motorola Malaysia, kemaskini untuk peranti-peranti ini akan hadir dalam masa beberapa bulan yang akan datang, tetapi tidak memberikan tarikh yang khusus mengenai bila ia akan hadir.

Apa-apa pun, dengan pengesahan ini, para pengguna peranti Motorola nampaknya hanya perlu menunggu untuk kemaskini Android 8.0 Oreo untuk tiba dimuat turun.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Motorola Mengumumkan Peranti-Peranti Yang Akan Mendapat Kemaskini Android 8.0 Oreo"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info