Sistem operasi BlackBerry merupakan salah satu sistem operasi mudah-alih yang popular sekitar sedekad yang lepas. Walaubagaimanapun, populariti iOS dan Android membuatkan ia menjadi kurang digunakan – sekaligus syarikat disebaliknya sendiri telah menghentikan pembangunannya.
Disebabkan olehnya, angka penggunanya juga turut berkurangan, dan sokongan aplikasi turut ditamatkan satu demi satu.
Terkini, pihak LinkedIn telah mengumumkan yang mana aplikasi LinkedIn untuk BlackBerry tidak lagi boleh digunakan selepas 27 November 2017 kelak.
Pengguna peranti BlackBerry perlu menggunakan pelayar web untuk terus menggunakannya selepas tarikh berkenaan.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan BlackBerry yang menjalankan sistem operasi Android, anda tidak perlu risau dan boleh terus menggunakan aplikasi LinkedIn seperti biasa.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LinkedIn Untuk BlackBerry Akan Ditamatkan Sokongan Pada November 2017"