HP hari ini telah mengumumkan komputer riba HP Spectre 13 yang baru, dimana kini ia hadir dengan cip pemprosesan Intel Core generasi kelapan, serta menawarkan rekaan komputer riba yang dikemaskini dan bersaiz lebih kompak berbanding sebelumnya.
HP Spectre 13 hadir dengan resolusi sehingga 4K UHD (3840×2160 pixel), dan turut dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh. Berbeza dengan sebelumnya, kini ketebalan bahagian tepi bingkai skrin dikurangkan – dimana ia kini lebih nipis, sekaligus menawarkan rekaan yang lebih seksi berbanding sebelumnya. Walaupun bingkainya kini nipis, HP mengekalkan kamera dengan sokongan Windows Hello pada bahagian atas, dan bukannya dibawah seperti pada Dell XPS 13.
Bersama-sama kemaskini baru ini, HP turut memberikan nafas baru untuk papan kekunci dan juga sokongan speaker. Kini, speaker diletakkan dibahagian bawah skrin, selain rekaan touchpad yang kini sedikit besar berbanding generasi sebelumnya.
Untuk penawaran bateri pula, HP Spectre 13 hadir dengan penawaran masa bertahan bateri sehingga 11 jam.
HP juga turut menyertakan teknologi HP Sure View, dimana apabila anda menekan butang khusus pada komputer riba anda, ia menjadikan paparan skrin hanya boleh dibaca oleh anda sahaja – dan tidak boleh dibaca oleh orang lain daripada bahagian tepi skrin.
Seperti kebiasaan, ia hadir dengan pilihan cip pemprosesan Intel Core i5 atau i7, selain dilengkapi dengan sokongan storan berasaskan SSD sehingga 1TB. HP turut menyertakan bicu audio dan juga sokongan USB Type-C pada komputer riba ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah HP Malaysia akan memasarkan komputer riba baru ini di Malaysia.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HP Spectre 13 Kini Hadir Dengan Cip Intel Core Gen-8 Dan Bingkai Skrin Lebih Kecil"