Bersama-sama pengenalan Google Pixel 2, pihak Google turut membuat kejutan dengan mengumumkan sebuah kamera unik baru bersaiz kompak, dinamakan Google Clips.
Membezakan ia dengan pelbagai kamera lain adalah dimana ia turut hadir dengan integrasi kecerdasan buatan untuk merakamkan gambar dan memilih yang sesuai untuk anda.
Google Clips hadir dengan kamera 12-megapixel, dan turut dilengkapi lensa rakaman luas 130-darjah, serta memori terbina 16GB RAM.
Google Clips boleh di”klip” dimana-mana ruangan dengan mudah, dan seterusnya membolehkan para pengguna merakamkan gambar daripada pelbagai sudut berbeza. Menariknya mengenai kamera ini adalah dimana ia boleh mengenal-pasti seseorang, dan merakamkan gambar mereka. Ia sangat sesuai sekiranya anda ingin merakamkan gambar anak anda dan sebagainya. Sebuah lampu LED akan menyala sekiranya ia sedang merakamkan gambar.
Disamping itu, ia turut boleh memilih gambar yang cantik dan sesuai untuk anda melalui sokongan kecerdasan buatan.
Pelbagai rakaman gambar dan video boleh dieksport ke peranti mudah-alih melalui aplikasi khusus. Google Clips ini akan dijual di Amerika Syarikat pada harga bermula $249 iaitu sekitar RM1052.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Clips – Kamera Yang Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Rakamkan Gambar"