Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vimeo Hadir Dengan Penawaran Perkhidmatan Penstriman Langsung, Vimeo Live

Livestream merupakan salah satu perkhidmatan yang sedia menawarkan kemudahan membuat penstriman langsung video sejak beberapa tahun lepas. Terkini, Vimeo, salah satu platform perkongsian video popular mengumumkan yang mana mereka akan mengambil-alih Livestream.

Livestream dikatakan kini digunakan lebih 10 juta acara langsung setiap tahun, dan dengan pengambil-alihan ini, ia memudahkan lagi pengguna Vimeo untuk turut membuat penstriman langsung pelbagai acara mereka.

Vimeo Live

Dengan pengambil-alihan ini, Vimeo akan mula mengintegrasikan pelbagai teknologi Livestream pada penawaran baru mereka yang dipanggil sebagai Vimeo Live – termasuk untuk memudahkan rakaman, penstriman, penyuntingan, dan mengarkib penstriman video langsung.

Buat fasa permulaan, Vimeo Live ditawarkan untuk pengguna berbayar sahaja – dimana berbanding beberapa platform lain, Vimeo memfokuskan kepada penawaran berkualiti tinggi melalui platform mereka.

Layari : Vimeo Live



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Vimeo Hadir Dengan Penawaran Perkhidmatan Penstriman Langsung, Vimeo Live"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info