Sembang Maniac

Sembang-sembang je

SKMM Meminta Steam Menarik Akses Permainan Menghina Tuhan Fight of Gods Di Malaysia

Permainan ala Fight of Gods dilancarkan di Steam Early Access minggu ini. Ia adalah di dalam genre beat ’em up seperti Street Fighter dan Tekken tetapi menampilkan watak tuhan, dewa dan tokoh agama terkemuka. Fight of Gods menimbulkan kontroversi kerana membenarkan  watak Jesus bertumbuk dengan Buddha sekaligus menimbulkan kemarahan penganut agama Kristian dan Buddha.

Semalam SKMM meminta Steam supaya menarik akses muat turun Fight of Gods di Malaysia dalam masa 24 jam. Ini adalah bagi menjaga sensitiviti penganut pelbagai agama di Malaysia. Steam berhadapan tindakan dari SKMM sekiranya gagal memenuhi permintaan ini. Tidak diketahui bilakah masa 24-jam ini akan luput.

Ketika artikel ditulis, Fight of Gods masih boleh dimuat turun di Malaysia menerusi laman Steam. Adakah Steam berhadapan dihalang terus dari diakses di Malaysia sepertimana SKMM menghalang akses laman berunsur lucah dan politik sebelum ini? Jawapannya akan diketahui hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "SKMM Meminta Steam Menarik Akses Permainan Menghina Tuhan Fight of Gods Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info