Skrin Infinity Display Samsung membolehkan skrin lebih besar digunakan pada kerangka yang lebih kecil. Skrin Galaxy S8 (5.8″)misalnya lebih besar berbanding Galaxy S7 Edge (5.5″) walaupun mempunyai kerangka yang lebih kecil. Rekaan skrin ini kemudian digunakan juga pada Galaxy S8+ dan Galaxy Note 8.
Mereka mungkin akan menghasilkan peranti dengan bezel yang lebih kecil dan rekaan semua-skrin lebih besar di masa hadapan. Ini adalah kerana mereka telah mempatenkan rekaan skrin dengan tetingkap kecil pada bahagian atas untuk kamera dan sensor. Rekaan ini seakan yang ditemui pada Essential Phone dan iPhone 8.
Paten ini difailkan pada Mei 2016 dan oleh itu muncul lebih awal dari rekaan dua peranti yang disebutkan tadi. Mungkin ini petanda rekaan yang bakal digunakan pada Galaxy S9 tahun hadapan? Hanya masa akan memberikan jawapannya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mempatenkan Rekaan Skrin Dengan Tetingkap Kecil Untuk Kamera Pada Bahagian Hadapan"