Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Playerunknown’s Battlegrounds Memecah Rekod Steam Untuk Angka Pemain Serentak Paling Tinggi

Playerunknown’s Battlegrounds telah mula mencatatkan pelbagai rekod baru sejak ia dilancarkan dibawah program Early Access. Permainan yang dilancarkan pada bulan Mac lepas telah pun terjual sebanyak lebih 10 juta salinan sehingga ke hari ini, selain turut menjadi lebih popular daripada permainan Dota keluaran Valve sendiri.

Melalui rekod terbaru yang dicatatkan, PUBG melangkaui Dota 2 dengan angka pemain serentak seramai 1.3 juta pengguna – melangkaui rekod 1.2 juta pengguna yang dipegang oleh Dota 2 sejak Mac 2016 lepas.

Ia merupakan salah satu pencapaian yang baik untuk Playerunknown’s Battlegrounds, memandangkan ia masih pada peringkat Early Access, dan hanya ditawarkan untuk PC sahaja buat masa ini. Microsoft bakal turut menerbitkan permainan ini untuk Xbox pada tahun hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Playerunknown’s Battlegrounds Memecah Rekod Steam Untuk Angka Pemain Serentak Paling Tinggi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info