Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Apple Watch Sedia Ada Boleh Memuat-Turun watchOS 4 Pada Minggu Hadapan

Bersama-sama pengenalan Apple Watch dengan sokongan selular, pihak Apple turut mengumumkan penawaran sistem operasi generasi terbaru untuk jam tangan pintar daripada mereka, iaitu watchOS 4.0. Kemaskini baru ini akan ditawarkan kepada semua pengguna jam tangan pintar Apple Watch sedia ada bermula 19 September kelak.

Apple WatchOS

Apple watchOS 4 menawarkan beberapa perubahan baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, sokongan sejumlah muka jam baru, aplikasi bersenam dan muzik yang diberikan nafas baru, serta paparan Siri pada muka jam utama bagi memberikan anda maklumat yang diperlukan ketika anda berada disesuatu lokasi pada sesuatu masa.

Apple juga terus memberikan tekanan terhadap sokongan kecergasan dan kesihatan pada watchOS 4 – dimana mereka akan lebih memberikan data berkaitan bagaimana anda bersenam, sekaligus memberikan semangat untuk lebih sihat.

Apple watchOS 4.0 ini boleh dimuat-turun oleh semua pengguna Apple Watch daripada generasi pertama.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pengguna Apple Watch Sedia Ada Boleh Memuat-Turun watchOS 4 Pada Minggu Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info